Polis ambil keterangan pelakon didakwa pukul teman wanita 

Polis ambil keterangan pelakon didakwa pukul teman wanita 

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara di sini, Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu hadir bersama bapanya pada pukul 9 malam tadi untuk direkod keterangn. 

“Setakat ini kita telah mengambil keterangan tiga individu termasuk pelakon terbabit. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Shahrulnizam berkata, siasatan awal mempercayai motif kejadian akibat perselisihan faham. 

Media semalam melaporkan pelakon yang didakwa memukul teman wanitanya gagal dihubungi polis walaupun pegawai penyiasat sudah menghubunginya termasuk menerusi aplikasi WhatsApp namun tidak berjawab dan dibalas. 

Shahrulnizam dilaporkan berkata, polis juga sedang menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan lengkap, “katanya.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada pukul 3 pagi. 

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham. 

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini