Pengawal keselamatan didakwa amang seksual anak tiri lelaki

Pengawal keselamatan didakwa amang seksual anak tiri lelaki

TERTUDUH didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri lelakinya berusia enam tahun. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri lelakinya berusia enam tahun, seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun, kira-kira pukul 8 malam di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah pada 6 April 2024.

Mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan membantah sebarang jaminan diberikan selepas mengambil kira mangsa merupakan anak tiri tertuduh.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dikenakan berserta syarat tambahan.

Peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan akan tinggal bersama bapanya sekiranya diikat jamin.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu atau berada berhampiran tempat tinggal mangsa sehingga kes selesai, selain perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×