Aniq perlu angkat lebih 300kg

Aniq perlu angkat lebih 300kg

Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan slot secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada Julai ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan memilih Turkiye sebagai destinasi terakhir bagi mempersiapkan dirinya menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, hujung bulan ini.

Atlet berusia 22 tahun itu berkata, beliau berharap kem latihan di Turkiye akan membuahkan hasilnya dalam mempamerkan prestasi terbaik sekali gus membawa pulang pingat emas pertama negara.

“Saya akan berlepas ke Turkiye 20 Julai nanti seminggu sebelum Olimpik bermula. Selepas latihan disana berakhir saya akan terbang terus ke Paris. Saya harap semua berjalan dengan lancar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini penampilan sulung saya di Olimpik, sudah tentu saya mahu mencapai keputusan yang terbaik. Saya akan berusaha keras untuk melakukan sebaik yang mungkin di kota Paris nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Atlet kelahiran Johor ini, perlu melakukan angkatan seberat lebih 300 kilogram (kg) untuk mencerahkan peluangnya menaiki podium di temasya empat tahun sekali itu.

Sementara itu, Aniq mengakui dirinya berada pada tahap terbaik ketika selain bebas daripada sebarang kecederaan menjelang ke Olimpik.

“Saya harap segala perancangan saya diatur dengan baik dan mampu membantu saya mencapai matlamat saya di Paris.

“Syukur Alhamdulillah saya masih bebas kecederaan. Saya akan lebih berhati-hati untuk tidak terlalu keras dalam latihan dan mengekalkan prestasi semasa saya,” katanya.

Kali terakhir atlet angkat berat berada dalam kontinjen Malaysia ke acara sukan terbesar itu menerusi Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi Mohd Hafifi Mansor.

Untuk rekod, Aniq memegang rekod kebangsaan kategori bawah 61kg dengan angkatan seberat 296kg.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini