‘Hidupkan’ kolam air panas misteri

‘Hidupkan’ kolam air panas misteri

Kamardin Abd. Majid menunjukkan kolam air panas yang terbiar diKampung Ara Panjang di Manong di Kuala Kangsar, Perak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Penduduk Kam­pung Ara Panjang di Manong mengharapkan sinar baharu mahukan kolam air panas semulajadi di tempat mereka kembali dihidupkan.

Kolam tersebut yang dinamakan Kolam Air Panas Ara Panjang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat pelancongan, na­mun tanpa sebab yang jelas tempat itu kini terbiar ‘mati’ sejak 2014.

Kawasan persekitaran kolam itu kelihatan menyeramkan dengan bangunan tandas dan ruangan kolam mandi dalam keadaan kotor serta daun yang menjalar.

Ketua Kampung, Kamardin Abd. Majid, 62, sedang merancang untuk membangunkan semula kawasan tersebut dan mengharapkan usaha itu mendapat perhatian pihak kerajaan.

“Agak rugi aset bernilai ini dibiarkan begitu sahaja sedang­kan boleh dibangunkan untuk manfaat ekonomi penduduk kampung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kamardin tidak tahu usia sebenar kolam air panas itu, tetapi katanya telah wujud agak lama sebelum beliau lahir lagi dan diceritakan tempat itu kerap dikunjungi oleh almarhum sultan-sultan Perak yang terdahulu.

“Pernah satu ketika tempat ini didatangi oleh mat saleh dan menyatakan tempat ini lava atau lohong gunung berapi. Tetapi tidak pasti kebenarannya,” katanya.

Beliau juga mengharapkan sokongan banyak pihak untuk membangunkan semula kawasan tersebut, sekali gus tidak lagi sekadar dikaitkan dengan kisah-kisah misteri atau alam bunian.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati papan notis kawasan itu masih wujud untuk rujukan para pengunjung lebih sedekad lalu.

Daripada mata kasar juga boleh diperhatikan ada asap haba di permukaan kolam air panas itu selain beberapa tempat dapat dilihat buih mengge­legak keluar dari dasar kolam.

Sehingga hari ini, masih ada penduduk kampung atau orang luar yang datang ke kawasan itu untuk merendam kaki di kolam tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×