Generasi muda digesa tolak rasuah

Generasi muda digesa tolak rasuah

ANWAR Ibrahim menerima selempang pada perasmian penubuhan Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Generasi muda gerakan belia diminta merenungi maksud hijrah serta perjuangan Nabi Muhammad dalam mempertahankan hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan rasuah dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun ia mempunyai keazaman melibatkan para pemimpin dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang mahu menolak kezaliman dan menghentikan amalan menggunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Saya percaya kudrat serta semangat anak-anak muda dan gerakan-gerakan seperti PLG  (Pertubuhan Lima Generasi) berupaya menyumbang dalam usaha mengangkat martabat bangsa dan negara ke tingkat tertinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syaratnya perlu ada pimpinan sama ada dalam kalangan generasi muda, politik dan negara yang menolak kezaliman, serta menghentikan amalan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kerabat,” katanya dalam Majlis Perasmian Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Malaysia di Ipoh, Perak semalam.

Dalam pada itu, Anwar berkata, masyarakat tidak boleh leka kerana negara kini sedang bersaing untuk membangun, maka mereka perlu melengkapkan ilmu, meningkatkan pengertian keadilan dan bersatu dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat.

Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau mahu semua pihak untuk menghentikan segala perbalahan serta menggunakan semangat hijrah kerana inilah masanya untuk mereka bangun sebagai satu kekuatan di samping menunjukkan bangsa yang hebat adalah yang berilmiah, berprinsip, kuat bekerja serta menegakkan keadilan bagi negara dan masyarakat.

“Kita perlu pelaburan, digital, kecerdasan buatan, basmi kemiskinan dan syaratnya (untuk maju) mesti ada pimpinan daripada golongan muda, PLG, pimpinan politik negara yang tolak kezaliman dan hentikan guna kuasa untuk mengkayakan diri.

“Saya beri jaminan dengan kuasa yang ada pada saya, saya akan pastikan baik PLG atau silat gayung atau apa sahaja jentera yang ada untuk mengukuhkan lagi dan mengangkat martabat bangsa menjadi bangsa yang hebat,” kata beliau.

Beliau kemudian menyifatkan program itu menerima sambutan luar biasa dan penuh bersemangat oleh anak-anak muda pelbagai bangsa yang hadir bagi meraikan gerakan yang memperjuangkan perpaduan dan membela ummah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini