Sentimen Islam terancam antara punca kekalahan - Ahmad Zahid

Sentimen Islam terancam antara punca kekalahan – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi memukul gong sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Kemas Telok Mas, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sentimen kononnya agama Islam terancam di bawah Kerajaan Perpaduan yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) menjadi antara punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap,
semalam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO menerima dengan hati terbuka kekalahan calon Kerajaan Perpaduan, namun ia bukanlah penamat bagi menghadapi PRK seterusnya terutama di DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Ujarnya, sikap pembangkang yang memainkan isu Islam disingkirkan atau dipinggirkan serta terancam adalah amat dikesali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita terima keputusan rakyat dan kita terima hakikat sentimen serta isu telah dimainkan kuat di sana dan kita tunggu apabila PRK DUN Nenggiri nanti.

“Kita terima itu adalah permainan politik mereka dan kita berazam di dalam parti-parti komponen,kita akan terus berusaha dan ini bukan penghujung jalan terakhir kepada PRK, kepada mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Bukan setakat isu perkauman yang dimainkan pembangkang tetapi juga soal kebencian sentiasa dibalingkan oleh mereka,” kata Timbalan Perdana Menteri selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Dewan Komuniti Kemas Telok Mas di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, PN kekal menguasai kerusi DUN Sungai Bakal apabila calonnya, Abidin Ismail memperoleh kemenangan selesa.

Abidin, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal menewaskan calon PH, Dr. Joohari Ariffin, 60, dengan majoriti 4,267 undi.

Bekas eksekutif logistik yang mesra dengan panggilan Abang Abidin itu memperoleh 14,489 undi manakala Joohari atau Cikgu Jo sekadar mendapat 10,222 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN