Bekas hakim syarie mahu terus martabat syiar Islam

Bekas hakim syarie mahu terus martabat syiar Islam

Mohd Fared Mohd Khalid menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Jainudin Mt Sum @ Munajat sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Johor, Jainudin Mt Sum @ Munajat di dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H Johor.

Jainudin, 75, memberitahu, anugerah itu akan mengukuhkan lagi usahanya dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya harap anugerah ini akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada anak-anak saya sendiri tetapi juga kepada kita semua. Ini kerana setiap daripada kita sebagai anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang sesuatu selagi kita hidup,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Bapa kepada lima cahaya mata itu turut menerima wang tunai RM12,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid.

Katanya, beliau memulakan kerjaya sebagai Kadi Daerah Kluang pada tahun 1981 sebelum dilantik sebagai hakim syarie bermula 1992 sehingga bersara pada 2005 sebelum dilantik sebagai Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Johor sejak 2014 sehingga kini.

Beliau yang mendirikan rumah tangga dengan Norjinah Abdullah, 63, dan mempunyai 10 cucu itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Teologi Universiti Al-Azhar, Mesir, selain Diploma Pentadbiran Kehakiman daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Anugerah Maal Hijrah 1446H turut diberikan kepada Datuk Marsan Kasim bagi Kategori Kemasyarakatan dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil.

Anugerah Maal Hijrah 1446H bagi Kategori Belia diberikan kepada Mohd. Faiz Mohamad, Kategori Saudara Kita dianugerahkan kepada Nor Hayati Josie Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×