Kilang minyak sawit punca air parit jadi merah - Utusan Malaysia

Kilang minyak sawit punca air parit jadi merah

Air merah
KEADAAN air kemerahan yang dikesan di kawasan pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kebocoran paip hos sebuah kilang simpanan minyak sawit menyebabkan tumpahan sehingga aliran air di kawasan pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang di sini, bertukar kemerahan semalam.

Insiden pencemaran itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kira-kira pukul 11 pagi susulan kebocoran di dalam premis tersebut.

LUAS dalam maklumannya berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati tumpahan minyak memasuki longkang premis dan mengalir ke dalam parit berhampiran.

“Namun, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi tersebut. Pihak kilang juga diarah menghentikan operasi dan melaksanakan pembaikan paip hos berkenaan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, kilang itu turut diarah melaksanakan kerja pembersihan dan penyedutan sisa tumpahan manakala bomba memasang oil boom di parit terlibat.

“Persampelan kualiti air dilakukan dengan sampel berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia. Ia bagi analisis dan tindakan lanjut penguatkuasaan,” ujarnya.

Jelasnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 79 Enakmen LUAS 1999 atas kesalahan mencemarkan sumber air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×