Ikrar kontena bawa sayuran, rupanya minuman keras - Utusan Malaysia

Ikrar kontena bawa sayuran, rupanya minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan satu sindiket mengikrar minuman keras sebagai sayuran terbongkar selepas dua kontena yang membawa barangan itu ditahan di Pelabuhan Utara, Klang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil pemeriksaaan di dua kontena terbabit menemukan 8,600 liter minuman keras dipercayai dari China bernilai RM160,300 termasuk cukai dan duti.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 1 kira-kira pukul 11.30 malam pada 13 Jun lalu.

Kata beliau, modus operandi sindiket adalah membuat isytihar palsu sebagai barangan sayuran di borang manifest bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Sindiket telah menyorokkan muatan minuman keras itu di sebalik sayuran import antaranya brokoli dan kobis.

“Berikutan itu seorang wakil perkapalan telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,”katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kelana Jaya di sini hari ini.

Dalam kes berasingan, Norlela memberitahu, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) JKDM Zon Tengah Unit 1 berjaya mematahkan sindiket dengan rampasan 1,566,000 batang rokok putih dan kretek berjumlah RM1.35 juta termasuk duti dan cukai, pada 19 Jun lalu.

Tambah beliau, serbuan dilakukan di sebuah gudang terbiar terletak di kawasan kilang di Batu 11, Cheras.

Beliau berkata, sindiket ini dipercayai menggunakan setem cukai disyaki palsu di beberapa jenama rokok yang dirampas bagi mengaburi pihak berkuasa.

“JKDM percaya rokok ini untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan dibawa masuk melalui pintu masuk sah, namun mengikrar barang dagangan sebagai barang sah.

“JKDM menyeru orang awam untuk salurkan maklumat sebarabg aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN