MBJB selenggara lebih 1,800 km longkang, parit elak banjir - Utusan Malaysia

MBJB selenggara lebih 1,800 km longkang, parit elak banjir

MOHD. NOORAZAM OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menyelenggara lebih 1,800 kilometer (km) longkang dan parit di kawasan pentadbirannya bagi mengelak kejadian banjir kilat.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, pihaknya  memperuntukkan kira-kira RM19 juta pada tahun ini untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan serta penyelenggaraan

“Longkang dan parit di kawasan MBJB ini dikawal selia oleh tiga agensi, iaitu agensi kerajaan Pusat, agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pihak MBJB, kita bertanggungjawab terhadap lebih 1,800 km longkang serta parit dan jumlah itu akan terus meningkat seiring dengan pelbagai pembangunan yang sedang pesat dilaksanakan ketika ini.

“Selain itu, kita juga akan lakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan yang tidak dikenal pasti agensi penyelianya atau dipanggil ‘no man’s land’,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Mohd. Noorazam berharap kerajaan Persekutuan dan negeri dapat melakukan kerja-kerja menaik taraf longkang dan parit sedia ada, khususnya di kawasan yang kerap berlaku banjir kilat.

“Ini kerana terdapat infrastruktur longkang dan parit di kawasan PBT ini yang sudah tidak dapat menampung jumlah air yang tinggi akibat hujan lebat dan kejadian air pasang.

“Di kawasan tertentu, hanya melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sudah tidak dapat menampung peningkatan jumlah air dalam kuantiti tinggi, jadi kerja naik taraf amat diperlukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN