JPJ tahan pemandu bas persiaran tiada lesen memandu, PSV

JPJ tahan pemandu bas persiaran tiada lesen memandu, PSV

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menngadakan operasi bersepadu bas pelancongan dan ekspres di Stesen Penguat Kuasa JPJ Gombak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Seorang pemandu bas yang tiada lesen memandu dan lesen kenderaan pengangkutan (PSV) mendakwa terpaksa menggantikan abangnya membawa bas persiaran bersama pelancong ke Kuantan, Pahang.

Itu dakwaan seorang lelaki yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi bersepadu bas pelancongan dan ekspres di Stesen Penguat Kuasa JPJ Gombak di sini, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu berkata, abangnya mengalami masalah kesihatan dan memintanya k menggantikannya sebagai pemandu bas ke Kuantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Abang saya patut pandu bas persiaran ini dari Kuala Lumpur ke Kuantan bersama penumpang tetapi disebabkan keadaan kesihatannya kurang mengizinkan dan tidak larat bangun awal pagi, dia minta saya menggantikannya.

“Bagaimanapun, selepas tiba di Plaza Tol Gombak, bas persiaran saya ditahan oleh anggota penguat kuasa JPJ kerana kesalahan tiada lesen memandu sah dan PSV,” katanya.

Menurutnya, dia tahu perbuatan itu satu kesalahan serius tetapi tidak dapat dielakkan kerana hendak membantu abangnya yang kurang sihat.

“Sebelum ini tidak pernah berdepan situasi sebegini sebab saya hanya bawa bas di dalam ibu negara dan di kawasan taman perumahan.

“Selepas ini saya perlu memastikan mengambil lesen memandu dan juga PSV bagi mengelak diambil tindakan lagi,” katanya.

Bas persiaran berkenaan disita selama dua jam bermula 7.30 pagi sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan selepas abang pemandu terbabit sampai untuk mengambil alih tugas memandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN