KDN kesan 160 jalan tikus

KDN kesan 160 jalan tikus

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan sebanyak 160 jalan tikus yang menjadi laluan keluar masuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jalan tikus merupakan laluan yang tidak ditawarkan oleh kedua-dua negara yang bersempadan.

“Kita ada 160 jalan tikus dan 140 pintu masuk rasmi. Jalan tikus paling banyak di Kedah, Perlis dan Kelantan,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu strategi yang telah dirangka bagi membendung kemasukan mereka di laluan tikus yang wujud serta penguatkuasaan membendung sindiket penyeludupan warga asing.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan Madani turut memprofilkan kawasan hotspot bagi mengenal pasti kawasan yang paling ramai diduduki pendatang.

Katanya, perkara itu sebagai usaha selain melaksanakan penguatkuasaan ke atas majikan susulan lambakan warga asing berniaga.

“Kalau mereka berniaga di pasar, sudah tentu dengan penglibatan majikan tempatan (sebab) yang dapat meja pasar itu orang tempatan tetapi jadi tauke di rumah dan sewa kepada orang Bangladesh.

“Jadi, penguatkuasaan bukan hanya ke atas mereka yang datang, tetapi juga ke atas majikan,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, sebanyak 2.3 juta warga asing yang mempunyai pas bekerja yang sah direkodkan di negara ini.

“Tetapi kita ada siling. Kementerian Ekonomi hadkan tidak boleh melepasi 2.5 juta bermaksud ada defisit lebih kurang 300,000 ke 400,000 lagi.

“(Cuma) sudah masuk cara sah kadangkala mereka memilih untuk tinggal lagi (walaupun) pas kerja tamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN