Ada ‘tangan ghaib’ lambatkan penguatkuasaan Akta 852?

Ada ‘tangan ghaib’ lambatkan penguatkuasaan Akta 852?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelewatan dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) mermperlihatkan seolah-olah ada ‘tangan ghaib’ mencampuri urusan kerajaan.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata, kelewatan itu amat mendukacitakan kerana kerajaan sudah pun berjanji akan melaksanakan bersama peraturan-peraturannya.

Kata beliau, kelewatan me­nguatkuasakan Akta 852 menimbulkan tanda tanya yang besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dikatakan ia masih sangkut di bahagian Penasihat Undang-Undang Kementerian Kesihatan (KKM). Mengapa ini berlaku? Apakah ada tangan-tangan ghaib melambat-lambatkannya?

“Sehingga meletakkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam keadaan serba salah kerana bercanggah dengan apa yang dinyatakan beliau pada Mei dan Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan segera mewartakan peraturan mengawal selia industri vape yang kini dilihat berlaku trend peningkatan dari segi promosi dan jual beli kepada golongan bawah umur.

Presiden MMA, Dr. Azizan Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu segera kerana terdapat kes mangsa dikaitkan dengan kesan pengambilan rokok elektronik termasuk kecederaan kepada paru-paru yang turut dilaporkan melibatkan kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Amrahi membangkitkan persoalan berapa lama lagi Akta 852 akan diambil masa untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

“Apa pun ia adalah sangat mendukacitakan kerana sudah 15 bulan cecair dan gel nikotin dikeluarkan dari Jadual Racun. Akibatnya tiada langsung kawalan terhadap nikotin dalam rokok elektronik dan vape,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN