Pokok durian Bunga Merah 200 tahun berbuah 600 biji

Pokok durian Bunga Merah 200 tahun berbuah 600 biji

MOHD. Zahari Ali (kanan)mengutip buah durian jenis Bunga Merah dari pokok dianggarkan berusia lebih 200 tahun di Kampung Kapal, Ulu Beranang, Lenggeng, Seremban. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pekebun di Lenggeng di sini mempunyai ‘khazanah’ berharga, iaitu sebatang pokok durian berusia lebih 200 tahun.

Mohd. Zahari Ali, 65, berkata, pokok durian itu adalah daripada jenis yang jarang ditemui, Bunga Merah, iaitu durian hutan.

Menurutnya, pokok itu terletak di dusun miliknya di Kampung Kapal di sini dan seperti namanya, ia mempunyai bunga berwarna merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada mulanya selama tiga tahun saya memajak kebun ini dan kemudian saya beli tanah ini.

“Memang pokok ini awalnya tidak berbuah, bunganya banyak tetapi buah tidak lekat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Ulu Beranang, Lenggeng di sini.

Mohd. Zahari yang juga Pengerusi Persatuan Gabungan Kluster Pekebun Durian Ulu Beranang berkata, selepas pokok durian itu dijaga dan dipulihkannya termasuk menerusi pembajaan dan suntikan batang, ia kembali berbuah dan tahun ini ini sebanyak 600 biji.

“Isinya warna kuning cerah dan rasanya lemak manis, namun mempunyai bau yang sedikit tengik seperti durian hutan yang lain tapi tetap mempunyai peminatnya tersendiri,” katanya.

Dia dalam pada itu berharap ada pakar khususnya dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dapat melakukan pengesahan mengenai usia sebenar pokok tersebut yang kini sudah berketinggian lebih 20 meter.

“Pegawai FRIM ada datang, namun lebih bertujuan menentukan spesies pokok ini sahaja.

“Pokok ini boleh menjadi kekuatan dalam usaha persatuan kami untuk memajukan kawasan Ulu Beranang sebagai pusat pengeluaran buah durian selain tarikan bagi aktiviti agropelancongan di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN