Perjuangkan seni tekat supaya tidak pupus

Perjuangkan seni tekat supaya tidak pupus

JOOHARI Ariffin (kanan) menyantuni pengundi di Kampung Sungai Buaya, Nibong Tebal semalam. – UTUSAN/SAFINA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pepatah Melayu kata ‘tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan’ sesuai menggambarkan seni tekat atau sulaman timbul yang mempunyai nilai dan kehalusan tersendiri.

Generasi ketiga penenun tekat dari Kuala Kangsar, Perak, Mardziah Abu Kassim, 54, masih aktif menghasilkan produk akhir seni tekat seperti set lengkap untuk bilik pengantin atau persiapan istiadat golongan istana yang harganya boleh mencecah lima angka bagi setiap produk.

“Harganya berbaloi kera­na proses pembuatannya yang rumit dan mengambil masa selain kuantiti serta kualiti bahan yang digunakan. Sebagai contoh benang emas perlu diimport dari Jerman untuk hasil produk terbaik.

“Tekatan tangan berbeza berbanding menggunakan mesin yang dapat dilihat menerusi mata kasar berdasarkan beberapa kriteria termasuk warna dan kehalusan tekatan emas serta fabrik yang digunakan,” katanya.

Mardziah antara peserta yang mengambil bahagian dalam Temasya Budaya Negeri Perak anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di Kompleks Menara Condong di sini baru-baru ini.

Mardziah yang meneruskan tradisi menghasilkan produk hasil seni tekat di bengkel milik keluarganya di Kuala Kangsar tidak dapat melupakan pengalaman menghasilkan beg tempahan khas yang berbentuk ikan pari pada awal 1990-an dahulu oleh seorang pelanggan dari Negeri Sembilan.

“Kata pelanggan itu, beg itu digunakan untuk meletakkan wang hantaran perkahwinan sebagai salah satu tradisi masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga hari ini.

“Selain itu, ramai pe­langgan kini yang meminati produk seni khat bermotifkan tumbuhan-tumbuhan dan geometri dalam bentuk bingkai yang minimalis dan sesuai untuk dihadiahkan kepada individu tertentu tidak mengira badan kerajaan, korporat atau individu,” kata wanita itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×