Bank Muamala tawar pembiayaan pendidikan

Bank Muamalat, INCEIF bekerjasama tawar pembiayaan pendidikan sehingga RM100,000

MAJLIS menandatangani memorandum persefahaman antara Bank Muamalat dan INCEIF.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menjadi perbankan Islam pertama yang bekerjasama dengan Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF) menawarkan pembiayaan pendidikan Muamalat sehingga RM100,000. 

Sebagai permulaan, Bank Muamalat memperkenalkan penyelesaian pembiayaan Pendidikan Muamalat, secara eksklusif untuk program terpilih di INCEIF bagi mendorong kewangan Islam ke tahap baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, INCEIF adalah satu-satunya universiti di peringkat global yang menumpukan sepenuhnya kepada pendidikan kewangan Islam dan diiktiraf oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB).

Katanya, sebagai pemimpin dalam sektor perbankan Islam, komitmennya merentasi bantuan kewangan, merangkumi aspirasi pelanggan dan aspirasi negara untuk menjadi pusat kewangan Islam global yang utama. 

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi peluang pelajar yang berhasrat melalui pendidikan dan pembangunan bakat, tetapi juga mendorong kemajuan industri kewangan Islam.

“Melalui misi kami ‘Kejayaan Bersama’, kerjasama ini menandakan langkah permulaan dalam perjalanan kami untuk mencipta impak positif yang berkekalan dalam masyarakat. 

“Dalam hal ini, kami berhasrat untuk membentuk semula sektor pendidikan melalui penyelesaian kewangan yang disesuaikan, menyokong visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan standard pendidikan,” katanya dalam kenyataan. 

Pembiayaan pendidikan tersebut ditawarkan kepada graduan yang ingin mengambil sijil professional, sarjana, peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan program yang setaraf di INCEIF. 

Program itu terbuka kepada semua pelajar di negara ini yang layak dan berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan minimum sebanyak RM3,000 serta mendapat kadar menarik pada peringkat permulaan. 

Calon pelajar boleh memohon pembiayaan ini secara langsung di cawangan-cawangan Bank Muamalat atau dalam talian melalui Platform Aplikasi Muamalat (MAP) mereka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×