Isu curi emas di Sungai Relai: Kerajaan Kelantan jangan ‘tidur’

Isu curi emas di Sungai Relai: Kerajaan Kelantan jangan ‘tidur’

Kerajaan Kelantan diminta `jangan tidur' berhubung isu curi emas di Sungai Relai, Gua Musang. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan nege­ri diingatkan tidak ‘tidur’ berkaitan isu kecurian emas berhampiran Sungai Relai, Taman Negara Kelantan di Gua Musang seperti didedahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Lapangan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, jika langkah segera tidak diambil berkemungkinan besar lebih banyak hasil bumi Kelantan akan dirompak.

Menurut beliau, tindakan tersebut turut dibimbangi boleh merosakan ekosistem alam sekitar sekali gus memberikan kesan jangka panjang kepada negeri .

“Jadi SAM menyarankan semua pihak berkuasa baik di di peringkat negeri mahupun Persekutuan supaya memperhebatkan operasi membanteras kegiatan ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Meor Razak berkata, kerjasama negeri dan Persekutuan itu mampu menyelamatkan khaza­nah negara daripada dirompak kumpulan tidak bertanggungjawab.

Katanya, rompakan merupakan satu jenayah yang tidak boleh dikompromi.

“Cegahlah dari awal kerana itu lebih baik, jangan tunggu berlaku malapetaka baru kita hendak bertindak. Ketika itu, ia sudah terlambat,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, dua lelaki warga asing diberkas pihak berkuasa selepas dikesan melakukan perlombo­ngan emas secara haram di Sungai Relai.

Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dilaporkan berkata, kegiatan haram itu berjaya dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) disertai empat pegawai Perhilitan, dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dua anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aktiviti perlombongan emas haram bukanlah perkara baharu berikutan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan pernah menahan lapan orang termasuk empat warga asing kerana disyaki melombong emas secara haram di hutan simpan kekal (HSK) Sokor, Tanah Merah.

Suspek membabitkan lapan individu termasuk empat warga Bangladesh berusia 18 hingga 48 tahun didapati bekerja dengan sebuah syarikat yang sudah mendapatkan kelulusan, namun belum memperoleh lesen perlombongan emas.

Suspek memasuki kawasan HSK dan mengambil hasil mine­ral tanpa kebenaran pihaknya termasuk menggunakan jentera dalam hutan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×