Rasuah projek lebuh raya: SPRM beku akaun individu, syarikat

Rasuah projek lebuh raya: SPRM beku akaun individu, syarikat

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik individu dan syarikat susulan penahanan sembilan individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bersama dua pengurusan tertinggi sebuah syarikat konsesi lebuh raya kelmarin.

Tangkapan terbaru kes ra­suah membabitkan kerja-kerja menyiapkan satu pakej pembinaan projek lebuh raya bernilai lebih RM1 bilion di Lembah Klang itu melibatkan seorang pengurus projek semalam.

Penahanan lelaki berusia 40-an itu menjadikan sembilan individu telah ditahan setakat ini selepas lapan termasuk seorang CEO direman kelmarin.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, bayaran rasuah itu dibuat beberapa syarikat sejak 2021.

Kata sumber itu, kedua-dua projek lebuh raya berkenaan bagaimanapun telah disiapkan pada tahun lalu.

“SPRM masih menyiasat wang rasuah yang diterima setiap pegawai kanan konsesi lebuh raya daripada syarikat terlibat,” katanya di sini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, penahanan individu kesembilan pada pukul 7 malam semalam dilakukan selepas suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada beberapa syarikat sebagai balasan kerana melantik mereka untuk mengambil alih kerja-kerja menyiapkan lebuh raya berkenaan.

Sebelum ini, projek ber­kenaan dijalankan oleh satu satu syarikat lain.

Pembinaan dua projek lebuh raya ini berjumlah hampir RM11 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×