Hoe Yean, Rouxin diberi kuota wildcard

Hoe Yean, Rouxin diberi kuota wildcard

KHIEW HOE YEAN – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua perenang negara, Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin masing-masing akan beraksi di Sukan Olimpik Paris menggunakan tiket wildcard.

Kedua-dua perenang itu telah dipilih oleh Persekutuan Renang Malaysia (MAS)  berdasarkan kedudukan ranking Akuatik Dunia.

“Hoe Yean akan beraksi dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki manakala Rouxin mengambil bahagian dalam acara 100m kuak dada wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilihan mereka dilakukan berdasarkan mata yang dikumpul dalam ranking Akuatik Dunia. Nama mereka telah diserahkan kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) pada minggu lalu,” kata Setiausaha Agung MAS, Andy Low.

Dengan penambahan dua atlet tersebut menyaksikan kontinjen negara ke Olimpik Paris ketika ini berjumlah 24 atlet.

Jumlah tersebut dijangka bakal bertambah dalam masa terdekat memandangkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) turut mempunyai satu slot wildcard untuk diberikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini