20,007 warga asing tanpa dokumen sah dihantar pulang

20,007 warga asing tanpa dokumen sah dihantar pulang

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 20,207 warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah telah dihantar pulang ke negara asal mereka dari Januari hingga Jun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak akan kompromi dalam isu keselamatan walaupun membenarkan warga asing masuk ke negara ini.

Menurut beliau, penghantaran pulang warga asing dibuat susulan 7,975 operasi dan pemeriksaan yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas 76,477 warga asing di 224 kawasan ‘hot spot’’ di seluruh negara.

“Mereka yang ditahan dibawa ke depoh Imigresen, kita hubungi kedutaan, kita minta keluarkan dokumen perjalanan dan kita hantar balik.

“Depoh Imigresen kita ada 19 tapi kapasiti ada 13,000 jadi bermaksud under capacity walaupun kita tangkap sehingga 20,000 tetapi kita hantar balik dengan kerjasama kedutaan,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin Nasution menjawab soalan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berhubung jaminan pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) tidak menggugat keselamatan rakyat dan negara.

Ia berikutan peningkatan pekerja asing tanpa dokumen mencecah enam juta orang pada 2022 (Kajian KRI oleh Nixon), termasuk menyalahgunakan kemudahan itu untuk tinggal lebih lama di Malaysia.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, pihak berkuasa juga menahan seramai 456 majikan yang menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Warga asing tanpa dokumen tidak akan masuk (negara) kalau majikan tak gajikan mereka. Majikan gajikan ikut undang-undang tidak salah, tetapi bawa masuk ‘curi-curi’ (salah),” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga melaksanakan program untuk warga asing tanpa dokumen menyerah diri untuk membolehkan mereka dihantar pulang selepas dikenakan kompaun.

“Sehingga kini seramai 79,231 warga asing (sudah) menyerah diri dan daripada jumlah tersebut 68,900 kita (sudah) hantar balik. Kita kutip kompaun hampir RM40,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×