Sultan Ibrahim persembah watikah persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Sultan Brunei

Sultan Ibrahim persembah watikah persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada Sultan Brunei

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mempersembah warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Seri Paduka kepada Sultan Hassanal Bolkiah Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mempersembah warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Seri Paduka kepada Sultan Hassanal Bolkiah Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini.

Majlis menghadap dan persembahan warkah persilaan berlangsung di Istana Nurul Iman dan diikuti majlis santapan tengah hari.

Yang hadir sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd Aini Atan dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei, Nur Ezira Mahadi.

Sebelum ini, Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 ditetapkan berlangsung di Istana Negara, Ibu Negara pada 20 Julai ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka di Hangar Penerbangan Diraja Brunei, hari ini disambut Pengiran Muda Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×