Diesel: MCW desak KPDN lakukan kajian terperinci

Diesel: MCW desak KPDN lakukan kajian terperinci

Hampir 120,00 pemilik kenderaan diesel yang telah lulus bantuan Budi Individu sehingga 30 Jun lepas akan menerima bayaran sebanyak RM200 mulai Rabu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) menjalankan kajian terperinci mengenai jumlah diesel yang dijual di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan negara.

Langkah itu perlu bagi memastikan tiada penyelewengan atau manipulasi yang boleh merugikan pengguna dan negara.

Menurut MCW, antara langkah yang boleh diambil KPDNHEP adalah menyediakan laporan jumlah diesel yang terjual di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas kenaikan harga diesel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya terdapat perbezaan ketara dalam jumlah diesel yang terjual, tindakan tegas harus diambil terhadap stesen minyak yang terlibat,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, langkah kerajaan menaikkan harga diesel daripada RM2.15 kepada RM3.35 adalah akibat daripada berlakunya penyeludupan berskala besar bahan bakar itu di sempadan negara. 

Kerugian yang dianggarkan berbilion ringgit itu berpunca daripada keterlibatan sebahagian pengusaha minyak di sempadan yang menjual dalam kuantiti yang tidak munasabah atau berulang kepada penyeludup yang menyebabkan negara kehilangan minyak subsidi ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini