Penduduk Orang Asli Pos Tuel mengeluh jalan rosak

Penduduk Orang Asli Pos Tuel mengeluh jalan rosak

PENDUDUK Orang Asli dan pengguna jalan bergadai nyawa melalui jalan runtuh di Pos Tuel, Gua Musang. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Hampir 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Tuel di sini bergadai nyawa setiap hari apabila terpaksa menggunakan jalan yang runtuh dan rosak sejak dua tahun lalu.

Seorang penduduk, Andol Busu, 55, berkata, mereka tiada pilihan kerana laluan tersebut satu-satunya jalan utama untuk keluar masuk dari kampung.

Menurutnya, pada masa sama laluan tersebut turut digunakan untuk menghantar anak-anak yang mengikuti pengajian di Sekolah Kebangsaan (SK) Hendrop.

“Selain faktor alam seperti hujan, jalan ini rosak dipercayai berpunca kenderaan yang membawa muatan berat.

“Kami berharap jalan berkenaan segera dibaiki untuk keselamatan penduduk Orang Asli yang berulang-alik melakukan urusan harian,” katanya.

Penghulu Pos Tuel, Halim Sharif berkata, banyak kerosakan jalan berlaku di sepanjang jalan berjarak kira-kira 20 kilometer bermula dari simpang masuk Pos Hendrop ke Pos Tuel.

Katanya, sebelum ini dia sudah beberapa kali melaporkan masalah itu kepada pihak berwajib dan berharap agar aduan mereka dapat diselesaikan segera.

“Ada satu lokasi jalan runtuh dan berlubang besar. Saya sudah lama membuat permohonan agar menaik taraf jalan itu tetapi sampai sekarang tiada usaha untuk membaiki kerosakan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim berkata, pihaknya dimaklumkan peruntukan bagi membina jalan ber­kenaan telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Katanya, dia berharap projek menaik taraf jalan dapat dilakukan secepat mungkin agar keselamatan penduduk kampung tidak berisiko. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×