RM5.3 juta rugi terjerat tawaran pelaburan `mesin layan diri’

RM5.3 juta rugi terjerat tawaran pelaburan `mesin layan diri’

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 57 laporan membabitkan kerugian RM5.3 juta daripada mangsa-mangsa yang mendakwa tertipu dengan skim pelaburan `mesin layan diri’ menjual pelbagai produk pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua laporan polis itu diterima sepanjang tahun lalu dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penipuan.

“Mana-mana individu yang menjadi mangsa skim penipuan ini sila tampil membuat laporan polis untuk tindakan.

“Orang ramai dinasihat mencari maklumat yang secukupnya sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dalam satu sidang akhbar mendedahkan 19 mangsa kerugian RM1.84 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan mesin layan diri yang menjual produk minuman.

Skim pelaburan itu ditawarkan sebuah syarikat yang mendakwa mereka kononnya bekerjasama dengan sebuah yayasan terkenal.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, syarikat itu menyasarkan mereka yang kurang berkemampuan dan ingin menambah pendapatan sebagai mangsa.

Katanya, modus operandi pelaburan syarikat terbabit adalah dengan menawarkan mangsa satu pulangan dividen yang lumayan dan beberapa manfaat menarik lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×