Slovenia tidak takut jumpa England

Slovenia tidak takut jumpa England

PEMAIN Slovenia meraikan jaringan ketika berdean Serbia di Allianz Arena.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pemain tengah Slovenia, Timi Elsnik percaya pasukannya akan pulih tepat pada masanya untuk pertembungan terakhir Kumpulan C dengan pasukan pilihan, England selepas terikat 1-1 dengan Serbia.

Zan Karnicnik meletakkan Slovenia di hadapan ketika perlawanan berbaki 20 minit dan memberi harapan untuk negaranya meraih kemenangan pertama dalam sejarah dua penyertaan dalam kempen Euro.

Bagaimanapun, harapan mereka berkecai apabila Luka Jovic menanduk masuk gol penyamaan pada minit kelima masa kecederaan, sekali gus meranapkan impian besar Slovenia meraih kemenangan.

Elsnik berkata, pasukannya perlu mengambil masa untuk pulihkan keadaan dan baiki kekurangan, namun mereka tetap bersedia untuk berdepan England dalam perlawanan terakhir.

“Terdapat beberapa situasi sekarang dalam kejohanan ini…di mana ia merasakan segala-galanya akan menentang kami sedikit, tetapi kami berjuang di atas padang.

“Kami tahu pasukan pilihan utama kumpulan ini (England) sedang menunggu kami dalam perlawanan terakhir tetapi tidak pernah berkata tidak pernah dan takut.

“Kami akan memberikan segala-galanya pada perlawanan terakhir dan lihat sama ada ia cukup untuk meneruskannya. Ini adalah bola sepak. Mungkin kami layak mendapat lebih tetapi pada akhirnya, ya, Serbia juga berbahaya sepanjang perlawanan,” kata Elsnik.

Slovenia, hanya bermain Euro kedua mereka sebagai negara merdeka, bangkit daripada ketinggalan untuk seri perlawanan kumpulan pertama mereka dengan Denmark.

Mereka kini menduduki tempat kedua dalam kumpulan dengan dua keputusan seri dalam dua perlawanan, satu mata di belakang pendahulu England yang menentang Denmark dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C.

“Sekarang kami memerlukan satu dua hari untuk pulih dan kemudian mula melihat ke arah England tetapi buat masa ini perbetulkan fikiran kami, pastikan emosi ini terkawal dan bersikap profesional sehingga akhir.”

Slovenia seri dua perlawanan dan kalah satu dalam penampilan Euro sebelum ini pada tahun 2000.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×