Malaysia terima Anugerah Labbaittom buat kali ketiga

Malaysia terima Anugerah Labbaittom buat kali ketiga

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Arab Saudi mengiktiraf Malaysia melalui Tabung Haji (TH) dengan dinobatkan Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi buat kali ketiga berturut-turut.

Perkembangan itu dikongsikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, anugerah itu disampaikan dalam Majlis Penutup Musim Haji 2024M/1445H di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, semalam.

“Pencapaian ini adalah amat membanggakan Malaysia. Saya berharap pengurusan TH sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji Malaysia bagi tahun-tahun berikutnya.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah kerana memilih Malaysia bagi anugerah tersebut,” katanya.

Pada masa sama, Mohd. Na’im mengucapkan syabas kepada semua jemaah haji Malaysia yang memberi kerjasama dan berdisiplin sepanjang perjalanan Masyair.

“Semoga seluruh jemaah Haji dikurniakan haji yang mabrur dan sentiasa menjadi insan bertaqwa juga berusaha meninggikan syiar agama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×