Proton rekod unit kelima juta dengan X90 Flagship

Proton rekod unit kelima juta dengan X90 Flagship

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz (enam dari kanan) bersama Li Chunrong (kiri) pada ke ibu pejabat Proton di kompleks Center Of Excellence (COE) di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah 41 tahunnya apabila berjaya melebihi lima juta unit pengeluaran dengan X90 Flagship mencatatkan rekod kenderaan kelima juta.

Perkara tersebut didedahkan sempena lawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perindustrian dan Teknologi Maklumat China,Jin Zhuanglong ke ibu pejabat Proton di kompleks Center Of Excellence (COE).

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, Proton telah ditugaskan untuk memobilisasikan rakyat Malaysia dan mewujudkan ekosistem automotif tempatan apabila ia ditubuhkan pada 1983. 

“Hari ini, kami terus memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. 

“Lebih daripada 100,000 orang memperoleh mata pencarian hidup melalui aktiviti yang dikaitkan dengan Proton dan setiap pekerja memainkan peranan untuk memacu syarikat ke arah pencapaian lima juta unit ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Chunrong berkata, sejak permulaan kerjasama dengan Kumpulan Geely pada 2017, Proton telah melancarkan empat model serba baharu yang dibinakan bersama Geely.

Jelasnya, proses berikut juga menaik taraf model rekaan tempatan dan memperkenalkan kecerdasan dan ketersambungan kepada barisan modelnya. 

“Unit kelima juta iaitu X90 Flagship merupakan simbolik sejauh mana Proton telah berkembang sejak permulaan kerjasama dengan Geely. 

“Baru-baru ini, kami telah mengumumkan e.MAS sebagai jenama untuk produk kenderaan elektrik (EV) Proton masa hadapan dan hari ini kami telah menetapkan satu lagi pencapaian. 

“Oleh yang demikian, masa depan penuh dengan peluang untuk Proton terus menyediakan mobiliti yang mampan bagi rakyat Malaysia dan pasaran eksport kami,” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×