Permintaan sarung tangan dijangka seimbang pada 2026

Permintaan sarung tangan dijangka seimbang pada 2026

PERMINTAAN global untuk sarung tangan terus meningkat sebanyak 15 peratus setahun, disokong oleh peningkatan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) menjangkakan permintaan bagi bekalan sarung tangan getah akan seimbang pada 2026.

Firma penyelidikan itu berkata, keadaan itu boleh berlaku sekiranya tiada pembinaan atau operasi kilang baharu dibuka pada masa akan datang.

Menurutnya, permintaan global untuk sarung tangan terus meningkat sebanyak 15 peratus  setahun, disokong oleh peningkatan kesedaran  tentang kepentingan penjagaan kebersihan.

“Pendapatan pada suku pertama 2024 bagi sektor sarung tangan didapati sedikit lemah berbanding daripada jangkaan kami sebelum ini.

“Daripada empat syarikat di bawah liputan kami, hanya satu yang masuk dalam ramalan kami iaitu Kossan Rubber Industries Bhd. (Kossan),” katanya dalam nota penyelidikan.

Katanya, secara keseluruhan, pemain sektor ini mendapat manfaat daripada asas kos lebih rendah berikutan penyahaktifan kapasiti pengeluaran yang tidak cekap dalam industri.

“Penurunan pendapatan yang lemah dalam suku tersebut menunjukkan persekitaran operasi kekal yang mencabar.

“Selain itu, ia turut dibelenggu oleh lebihan kapasiti, penetapan harga pemangsa oleh pemain luar negara tertentu, permintaan yang lemah dan kos input yang tinggi,” katanya.

Kata firma penyelidikan itu, walaupun mencatat keuntungan pada suku tahunan ketiga berturut-turut, namun keuntungan pada suku pertama 2024 bagi Kossan dan Hartalega Holdings Sdn. Bhd. adalah lebih rendah suku ke suku.

“Hal ini kerana keuntungan lebih rendah berikutan volum jualan yang lemah dan pengekalan input tinggi bagi harga getah nitril butadiena,” katanya.

Sementara itu, katanya, Supermax Corporation Berhad (Supermax) dan Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) mengalami kerugian suku tahunan keenam dan ketujuh berturut-turut. 

“Walau bagaimanapun, kerugian Supermax dan Top Glove  menurun ekoran hasil daripada pengurangan inventori kos tinggi, dan asas kos yang lebih rendah berikutan penyahtauliahan kapasiti pengeluaran tidak cekap.

Dalam pada itu, katanya, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) optimis mengunjurkan pertumbuhan permintaan global bagi sarung tangan getah sekitar 12 peratus hingga 15 setiap tahun.

“Keputusan itu berikutan anggaran penguncupan 25 kepada 300 bilion keping dalam 2023.

“Kami  juga mengunjurkan permintaan untuk sarung tangan meningkat sebanyak 30 peratus dalam kepingan pada 2024,” kata firma penyelidikan itu.

Menurut Kenanga, keadaan itu akan menghasilkan lebihan kapasiti sebanyak 212 bilion keping sarung tangan pada tahun ini.

“Lebihan kapasiti masih berterusan yang bermakna harga rendah dan penggunaan loji yang tertekan akan terus membelenggu industri daripada 2024,” katanya .

Justeru, katanya, ramalan Kenanga bagi harga jualan purat a bagi 1,000 keping pengeluaran sarung tangan adalah sama dengan 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×