Kenanga kekal optimis unjuran sektor pembinaan

Kenanga kekal optimis unjuran sektor pembinaan

MANDATORI caruman KWSP kepada para pekerja asing akan membebankan PMKS. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Berhad kekal yakin dengan unjuran sektor pembinaan di sebalik pelancaran projek infrastruktur mega antaranya  seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Pan Borneo Fasa 2 dan projek tebatan banjir.

Firma penyelidikan itu berkata, sektor pembinaan swasta dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan, malah projek tersebut akan turut disokong oleh pelaburan besar-besaran dalam firma semikonduktor baharu dan pusat data.

Menurutnya, kontraktor di bawah liputan mereka, mencatatkan keputusan bagi prestasi suku pertama 2024 yang cemerlang dengan melebihi jangkaan unjuran firam itu sebelum ini.

“Misalnya IJM Corporation Berhad (IJM) mengatasi unjuran kami pada suku pertama 2024 berikutan prestasi kukuh dari Pelabuhan Kuantan disokong oleh kenaikan tarif.

“Sementara itu, bagi syarikat lain di bawah penilaian kami menepati ramalan Kenanga Investment,” katanya dalam kenyataan. 

Katanya, keuntungan teras Gamuda Berhad (Gamuda) hanya meningkat dua peratus tahun ke tahun.

“Walaupun pendapatan meningkat dua kali ganda, disebabkan margin pembinaan campuran yang lebih rendah pada pekerjaan luar negara margin rendah yang kebanyakannya berada di peringkat awal pelaksanaan.

“Keuntungan teras suku pertama 2024 bagi Kerjaya Prospek Group Berhad (Kerjaya) mencatatkan peningkatan 14 peratus dengan kenaikan 13 peratus dalam hasil atas pengebilan lebih tinggi daripada pembinaan.

“Selain itu, kenaikan keuntungan teras yang diperoleh oleh Kerjaya turut didorong oleh projek hartanah baharu mereka yaitu The Vue @ Monterez,” katanya. 

Sementara itu, katanya, sejak April 2024, Gamuda berjaya memperoleh tiga kontrak besar yang terdiri daripada pakej pusat data, kerja awam segmen 1 Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara Pulau Pinang dan projek isyarat berkapasiti tinggi di Perth, Australia Barat.

“SUNCON juga memperoleh kerja pusat data RM748 juta di Cyberjaya dan kerja pusat data tambahan  bernilai RM1.5 bilion untuk Yellowwood di Johor.

“IJM pula memperoleh sejumlah RM3.73 bilion pekerjaan pembinaan baharu, mengatasi jangkaan kami sebanyak RM3 bilion,” katanya. 

Justeru, pilihan sektor pembinaan firma iaitu Gamuda mampu menjadi pelopor untuk kerja terowong untuk MRT3 dan memperoleh secebis perkerjaan dalam sektor pembinaan pusat data yang menguntungkan.

“Selain itu, kami yakin Gamuda berupaya mendapatkan pekerjaan yang cukup besar di pasaran luar negara, malah, didapati  pendapatan syarikat itu  yang kukuh disokong oleh buku pesanan terkumpul rekod sebanyak RM25.8 bilion,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×