PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) mengekalkan pendirian neutral terhadap sektor perladangan, kerana mendapati keupayaan pemain-pemain industri berupaya untik mengembangkan perniagaan mereka.
Firma penyelidikan itu berkata, keputusan pada suku pertama 2024 bagi sektor perladangan berakhir dengan lemah.
Menurutnya, pemain bersepadu yang lebih besar terus mencatatkan rekod keuntungan yang mengecewakan kerana pendedahan hiliran mereka yang lebih besar.
“Selepas permulaan tahun yang lebih optimistik, Indeks Perladangan Bursa hampir mencecah paras tertinggi 2 tahun pada 7,500.86 pada 8 Mei 2024.
Walaupun pemulihan huluan mendatar hingga sederhana, margin hiliran terus menjadi hambatan,” katanya dalam nota penyelidikan.
Katanya, pemain bersaiz kecil dan sederhana, dengan dengan lebih banyak operasi berpusatkan huluan bernasib baik dalam tempoh suku tersebut.
“Ketiga-tiga pemain bersepadu besar, IOI Corporation Berhad (IOI) , Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) dan Sime Darby Plantation Berhad gagal memenuhi jangkaan suku tahunan dalam tempoh tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pengambilan untuk makanan hiliran seperti penapisan adalah lebih baik daripada oleo-kimia bukan makanan tetapi margin terus kekal ketat.
Walau bagaimanapun, hasil hiliran telah meningkatkan suku ke suku pada penyimpanan semula dan, berpotensi menurun tetapi keseluruhan pasaran masih tidak kukuh.
“Huluan bernasib lebih baik, hasil daripada harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh serta kos yang lebih rendah sedikit,” katanya.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebelum ini melaporkan harga MSM pada suku pertama tahun ini kukuh pada RM3,983 untuk tan metrik.
Sementara itu, Kenanga berkata, harga bahan api dan baja telah menurun masing-masing sebanyak 15 peratus ke 35 peratus tahun ke tahun, dalam tempoh suku pertama ini.
“Melangkah ke hadapan, beberapa inflasi gaji boleh dijangka tetapi harga isirung sawit (PK) juga telah bertambah baik selepas menurun sejak pertengahan 2022.
“Hasil sampingan semasa mengisar MSM, jualan PK digunakan untuk mengimbangi kos pengilangan MSM,” katanya.
Firma itu berkata, pemain yang lebih kecil dan lebih berpusat di hulu bersedia untuk melakukan yang lebih baik.
“Berbanding dengan kumpulan bersepadu yang lebih besar, pemain ladang yang lebih kecil menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam suku pertama 2024, pada asasnya datang dalam jangkaan Kenanga walaupun ramai yang masih mengecewakan jangkaan konsensus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, sektor perladangan secara keseluruhannya, mencatatkan prestasi yang lebih teruk pada pada suku pertama 2024 berbanding suku keempat 2023.-UTUSAN










