Switzerland mudah tewaskan Hungary

Switzerland mudah tewaskan Hungary

PENYERANG Switzerland, Kwadwo Duah (dua dari kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama pasukan bersama rakan sepasukan ketika menentang Hungary dalam aksi Kumpulan A Euro 2024 di Stadium Cologne. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERMAN: Switzerland memulakan kempen Kejohanan Eropah (Euro) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan Hungary 3-1 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Cologne, sebentar tadi.

Skuad kendalian Murat Yakin tidak menunggu lama untuk merobek gawang Hungary apabila percubaan Kwadwo Duah pada minit ke-12 menembusi gawang lawan selepas menerima hantaran daripada Michel Aebischer.

Jaringan tersebut pada mulanya didakwa ofsaid namun dibenarkan selepas pengadil membuat pemeriksaan menerusi video bantuan pengadil (VAR).

Switzerland menguasai sebahagian besar permainan pada 45 minit pertama malah turut menggandakan sebelum waktu rehat menerusi percubaan pemain Bologna, Aebischer hasil umpanan Remo Freuler.

Memasuki babak kedua, skuad kendalian Marco Rossi mula mengatur serangan demi merapatkan kedudukan dan usaha mereka membuahkan hasil selepas Barnabas Varga berjaya menjaringkan gol pada minit ke-66.

Ketika permainan seakan-akan berkesudahan 2-1, Breel Embolo menambah derita Hungary apabila menjaringkan gol ketiga Switzerland pada minit kecederaan perlawanan.

Selepas ini Hungary dijadual bertemu tuan rumah, Jerman di Arena Stuttgart manakala Switzerland menentang Scotland di Stadium Cologne masing-masing pada 19 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×