Peniaga tidak menang tangan, lembu American Brahman jadi pilihan korban

Peniaga tidak menang tangan, lembu American Brahman jadi pilihan korban

ABDUL Hakki Che Ahmad (kiri) memeriksa keadaan lembu jenis baka American Brahman yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat semasa meninjau ladang lembu miliknya di Bukit Tuku, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Permintaan tinggi terhadap lembu ‘gergasi’ dari jenis baka American Brahman untuk dijadikan sebagai haiwan korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini menyebabkan seorang peniaga tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.

Abdul Hakki Che Ahmad berkata, tahun ini permintaan untuk baka berkenaan banyak diperoleh dari Selangor dan proses penghantaran lembu-lembu berkenaan sudah bermula sejak minggu lalu.

Menurutnya, American Brahman menjadi pilihan orang ramai disebabkan mempunyai daging yang banyak berbanding baka-baka yanga da dipasaran.

“Tahun lepas saya menjual sekitar 30 ekor untuk sambutan Aidiladha, namun kali ini sudah lebih 40 ekor terjual.

“Saya tidak menolak kemungkinan permintaan akan terus meningkat tahun hadapan disebabkan orang ramai sudah boleh menerima lembu baka ini,” katanya ketika ditemui ladang miliknya di Bukit Tuku di sini hari ini.

Abdul Hakki memberitahu, dia menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp serta TikTok.

Katanya kebiasaan harga lembu American Brahman itu dijual bermula RM9,000 sehingga RM12,000 seekor.

“Selain itu, saya turut menjual lembu baka Kedah-Kelantan. Alhamdulillah, baka ini turut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk di negara ini.

“Permintaan untuk tahun ini meningkat sehingga 1,000 ekor berbanding 700 tahun lalu. Tempahan untuk lembu korban dari baka Kedah-Kelantan mula diterima selepas sambutan Aidilfitri,” ujarnya.

Abdul Hakki berkata, kesemua stok lembu ini sudah habis terjual pada Khamis selepas permit sembelihan ditutup.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×