AS pulangkan RM721.4 juta dana 1MDB diseleweng

AS pulangkan RM721.4 juta dana 1MDB diseleweng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejumlah dana AS$156 juta (RM721.4 juta) daripada rampasan aset berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipulangkan Amerika Syarikat kepada Malaysia.

Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D Kagan berkata, ia merupakan penyerahan ansuran keempat dana yang diperoleh daripada rampasan aset berkaitan 1MDB berikutan petisyen yang dikemukakan kerajaan Malaysia dan diluluskan Jabatan Keadilan AS

Kata beliau, kerajaan AS kekal komited untuk mengembalikan dana yang diseleweng itu demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana peringkat keempat aset daripada siasatan Jabatan Keadilan (AS) dipindahkan kembali ke Malaysia.

“Wang dengan jumlah luar biasa ini akan kembali kepada rakyat Malaysia di mana ia berada dan di mana ia akhirnya boleh digunakan untuk tujuan asalnya untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia setiap hari.” katanya melalui kenyataan semalam.

Beliau berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dilakukan pada 11 Jun lalu bagi melakukan pengesahan pemulangan RM721.4 juta itu ke Malaysia.

Sementara itu, Edgard berkata, mereka yang terbabit dalam kospirasi termasuk pegawai di 1MDB, ahli keluarga dan rakan sekutu dikatakan menyeleweng lebih $4.5 bilion dana 1MDB.

Jelasnya, mereka didakwa mengubah wang haram melalui beberapa siri transaksi yang kompleks dan syarikat palsu dengan akaun bank di AS serta luar negara dengan menggunakan dokumen dan penyataan palsu.

“Urus niaga ini didakwa berfungsi untuk menyembunyikan asal-usul, sumber dan pemilikan dana yang akhirnya melalui institusi kewangan AS untuk digunakan dalam memperoleh dan melabur dalam aset yang terletak di AS dan luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×