15 pelajar Orang Asli panik trak pikap mengundur

15 pelajar Orang Asli panik trak pikap mengundur

MASALAH pam brek pecah menjadi punca sebuah trak pikap yang membawa seramai 13 pelajar Orang Asli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, Gua Musang, Kelantan terbalik ke dalam cerun pada Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 15 pelajar Orang Asli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya di sini cemas apabila Toyota Hilux dinaiki mereka untuk pulang ke kampung sempena cuti persekolahan di Pos Simpor terbalik.

Dalam kejadian pukul 1.37 te­ngah hari itu, Toyota Hilux itu dikatakan berundur ketika menaiki bukit sebelum terbalik ke cerun.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor, Jamil Gabon berkata, kesemua pelajar terbabit hanya luka ringan dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Katanya, mengikut kejadian yang diceritakan seorang mang­sa, kenderaan itu dipercayai rosak ketika sampai di jalan berbukit sebelum mengundur.

“Keadaan itu menyebabkan mereka cemas sebelum pelajar terlibat terjun dari kenderaan sehingga ada yang terjatuh.

“Kesemua pelajar mengalami kecederaan ringan dan sudah dibawa ke Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jamil berkata, kejadian seperti itu bukan kali pertama sebaliknya sudah tiga kali apabila kemala­ngan tersebut melibatkan pelajar dan murid Orang Asli yang ingin pulang ke kampung.

Katanya, keadaan yang kerap berlaku itu sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.

Sementara itu, seorang bapa, Dendi Johari, 36, berkata, dia berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

“Sekiranya keadaan itu berte­rusan, ia sudah pasti menyebabkan ibu bapa risau untuk membenarkan anak ke sekolah kerana memikirkan risiko kemalangan.

“Kami juga berharap jalan masuk ke Pos Simpor atau kawasan pedalaman Orang Asli di tempat lain dapat diselenggara dan dinaik taraf bagi keselesaan penduduk,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×