Lelaki disyaki bunuh isteri direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Lelaki disyaki bunuh isteri direman tujuh hari

LELAKI disyaki membunuh isterinya dalam kejadian di Kampung Simee, Ipoh semalam direman tujuh hari mulai hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki yang disyaki membunuh isterinya menggunakan besi dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Simee semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini.

Permohonan reman ke atas lelaki berusia 56 tahun itu dibuat bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dijalankan terhadapnya.

Terdahulu, lelaki yang berpakaian kemeja-T putih dan berseluar trek kelabu itu tiba di mahkamah pada pukul 11.10 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum dibawa keluar 20 minit kemudian.

Semalam media melaporkan, seorang wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di kawasan garaj rumahnya.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa berusia 48 tahun itu mendapati terdapat tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi apabila mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki itu bertindak di luar kawalan dengan memukul wanita itu di kepala dan menikamnya.

Lebih menyedihkan kejadian itu disaksikan sendiri oleh anak perempuan pasangan berkenaan berusia 12 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×