MEKAH: Seramai 56 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Hospital King Abdulaziz dan Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Mekah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Dr. Mohd.Naim Mokhtar berkata, daripada jumlah tersebut, 13 jemaah haji dirawat di hospital tersebut manakala 43 orang lagi di Pusat Rawatan TH.
Katanya, semua jemaah haji dirawat akibat masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman paru-paru, masalah jantung, darah tinggi, gangguan emosi dan sakit otot serta sendi.
“Seramai 22 orang daripada jumlah tersebut ialah wanita manakala 34 orang merupakan pesakit lelaki.
“Justeru, pihak Lembaga Tabung Haji (TH) akan merawat pesakit dengan baik bagi memastikan jemaah haji berada dalam keadaan stabil dan kembali pulih,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat TH hari ini.- UTUSAN










