TERUK juga kerajaan kena hentam dalam media sosial susulan pelaksanaan subsidi bersasar yang menyaksikan kenaikan harga runcit diesel daripada RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter berkuat kuasa semalam.
Walaupun sudah diberi penjelasan tetapi semua itu tidak mampu menahan rasa ‘marah’ mereka. Habis semua keluar. Habis semua video-video dan posting lama berkaitan subsidi bahan api dimuat naik semula. Ada yang memaki, ada yang mencarut.
Yang sedihnya, ada dalam kalangan yang membuat komen itu adalah mereka yang saya kenal dan ada juga yang dikenali umum. Mereka semacam hilang kewarasan apabila melihat perkataan-perkataan yang digunakan. Ke mana perginya akhlak dan adab yang dijunjung selama ini.
Mereka ini bukannya golongan B40 atau M40 tetapi T20 atau mungkin T10. Kenderaan mereka bukan calang-calang. Bukan satu atau dua. Mereka tiada masalah berbelanja ratusan ribu untuk kenderaan semata-mata hendak meredah hutan dan bermain selut pada hujung minggu. Hobi orang ‘ada-ada’.
Hakikatnya, langkah kerajaan itu adalah satu langkah perlu. Kerajaan boleh mengambil langkah popular dengan terus memberikan subsidi tetapi akhirnya rakyat juga yang akan menanggung kesannya. Kerajaan mungkin terpaksa menangguhkan pelbagai projek infrastruktur utama kerana kekurangan dana.
Ada maklumat menyebut, terdapat syarikat di kawasan sempadan negara kita dengan Thailand yang berselindung di sebalik perniagaan yang sah untuk melakukan kerja-kerja penyeludupan diesel. Selain di sempadan, isu ketirisan diesel di tengah laut juga sering dilaporkan. Inilah sebenarnya sasaran kerajaan
Bayangkan, daripada RM2 bilion subsidi diesel kira-kira tiga tahun lalu, kini ia mencanak naik kepada RM11 bilion setahun. Siapa yang menggunakan diesel sebanyak itu. Tak mungkin jumlah kenderaan diesel naik begitu banyak dalam tempoh tersebut.
Dengan subsidi bersasar itu, kerajaan dapat menyelamatkan sebanyak RM4 bilion setahun. Jumlah itu tentunya dapat membina beberapa hospital, sekolah, rumah kos rendah dan banyak lagi projek penting untuk rakyat setiap tahun.
Kerajaan sudah mengambil kira pelbagai aspek sebelum membuat keputusan menarik balik subsidi. Malah, pengumuman pada pukul 5 petang hari Ahad, tujuh jam sebelum harga diesel dinaikkan, juga ada sebabnya. Mengelak geng-geng penyeludup sempat menyorokkan stok.
Sebenarnya, tiada apa yang perlu dikecohkan. Semua kenderaan perdagangan masih menerima subsidi. Mereka yang terlibat dengan sektor pertanian juga mendapat subsidi. Pengguna individu yang layak pula menerima RM200 sebulan.
Memandangkan harga diesel kini diapungkan, bermakna ada kemungkinan harga bahan api itu akan turun ke paras yang lebih rendah seperti pada April 2020. Ketika itu harga diesel adalah RM1.43 seliter.
Memang kita berhak untuk rasa marah tetapi alangkah indahnya jika kita mampu kawal emosi dan melihat lebih jauh ke hadapan demi kepentingan negara dalam isu ini.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Marah tidak mampu bangunkan negara

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved