New York lulus undang-undang lindungi belia di media sosial

New York lulus undang-undang lindungi belia di media sosial

NEW York meluluskan undang-undang menyekat kandungan algoritma pencetus ketagihan kepada pengguna muda di media sosial.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ahli Parlimen New York meluluskan undang-undang menghalang platform media sosial mendedahkan kandungan algoritma pencetus ketagihan kepada pengguna di bawah umur 18 tahun tanpa kebenaran ibu bapa bagi mengehadkan risiko dalam talian kepada kanak-kanak.

Rang undang-undang bersama untuk menyekat tapak dalam talian daripada mengumpul dan menjual data peribadi pengguna bawah umur turut mendapat kelulusan sehari selepas kedua-dua langkah itu dibahaskan di Senat negeri.

Gabenor Now York, Kathy Hochul memuji langkah bersejarah itu dalam usaha menangani krisis kesihatan mental belia dan mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk golongan muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ringkasan undang-undang itu menamakan Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan YouTube Alphabet Inc sebagai antara platform yang bakal tertakluk kepada langkah tersebut.

Di bawah rang undang-undang yang digelar Akta Hentikan Eksploitasi Suapan Ketagihan untuk Kanak-Kanak (SAFE), pengguna media sosial di bawah umur 18 tahun mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk melihat suapan yang mencetus ketagihan. 

Ia secara amnya ditakrifkan sebagai kandungan datang daripada akaun yang tidak ikuti atau dilanggan tetapi dihantar oleh algoritma yang direka untuk memastikan kanak-kanak dan remaja berada di platform berkenaan selama mungkin.

Penyokong undang-undang itu menunjukkan kajian Universiti Harvard baru-baru ini yang mendapati enam platform media sosial terbesar menjana AS$11 bilion (RM51.62 bilion) daripada pengiklanan kepada golongan bawah umur pada 2022.

Kumpulan tersebut turut memetik kajian mengaitkan kadar kemurungan, kebimbangan, gangguan tidur dan masalah kesihatan mental lain yang lebih tinggi akibat penggunaan media sosial berlebihan oleh remaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg dilaporkan menawarkan beberapa sokongan untuk rang undang-undang itu.

“Walaupun kami tidak bersetuju dengan setiap aspeknya, kami mengalu-alukan New York menjadi negeri pertama yang meluluskan undang-undang yang mengiktiraf tanggungjawab kedai aplikasi,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Persatuan industri NetChoice bagaimanapun mengecam undang-undang itu, menyebutnya sebagai serangan terhadap kebebasan bersuara dan internet terbuka dengan memaksa tapak web untuk menapis semua kandungan melainkan pelawat memberikan maklumat untuk mengesahkan umur mereka.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini