Pemimpin EU kecam serangan ke atas PM Denmark

Pemimpin EU kecam serangan ke atas PM Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemimpin Eropah mengecam serangan ke atas Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen yang dilaporkan ditolak oleh seorang lelaki di Dataran Copenhagen hari ini.

Presiden Majlis Eropah (EC), Charles Michel dan Presiden Parlimen Eropah, Roberta Metsola menyelar serangan ke atas Frederiksen yang disifatkan sebagai tindakan pengecut.

Menteri Alam Sekitar Denmark, Magnus Heunicke dalam hantaran di media sosial pula menyifatkan kejadian itu mengejutkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan serangan ke atas Perdana Menteri Denmark itu tidak boleh diterima.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan berharap Frederiksen cepat sembuh,” tulis Macron di laman X.

Menurut pejabat Frederiksen, beliau dipukul oleh seorang lelaki hingga hampir terjatuh ketika tiba di dataran Copenhagen hari ini.

Susulan itu, polis berjaya menangkap suspek dan akan dibawa ke mahkamah.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah serangan terhadap ahli politik semasa kempen di Jerman menjelang pilihan raya Kesatuan Eropah (EU) minggu ini.

Pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico ditembak empat kali dari jarak dekat ketika beliau berjumpa penyokongnya, selepas mesyuarat kerajaan di tengah bandar Handlova.

Fico yang terselamat daripada cubaan bunuh itu dibawa ke hospital di bandar berhampiran untuk menjalani dua pembedahan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN