Azeem elak tertekan, kekal positif

Azeem elak tertekan, kekal positif

AZEEM Fahmi (kanan) ketika meraikan kejayaan meraih gangsa 100m dalam Sukan Asia di Hangzhou. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi tidak mahu meletakkan sebarang tekanan terhadap dirinya sendiri dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Azeem merupakan penuntut Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS) ketika ini masih belum mengesahkan slot ke Temasya Paris meskipun tarikh tutup kelayakan secara automatik adalah pada 30 Jun ini.

Atlet kelahiran Perak itu berkata, beliayu mahu menikmati setiap kejohanan yang disertainya serta kekal positif agar dapat memberi aksi terbaik.

“Saya tidak risau tentang Olimpik, kalau ada rezeki, jadi ada. Sekarang, saya hanya mahu fokus mendapatkan semula ‘keseronokan’ bertanding dan menerima diri sendiri,” katanya.

Azeem perlu melepasi catatan masa 10.00 saat (s) iaitu had kelayakan bagi acara 100 meter (m) untuk layak secara merit ke Olimpik Paris.

Pelari berusia 20 tahun itu akan beraksi di Terbuka Malaysia pada 14 hingga 16 Jun ini disusuli Terbuka Kazakhstan (23-24 Jun) sebelum Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia pada 2 hingga 5 Julai ini.

“Jadi dengan kejohanan berturut-turut ini, saya akan terus berada di Malaysia selepas Terbuka Kazakhstan dan selepas AUG 2024 saya akan menjalani kem latihan di Jerman bersama pasukan,” katanya lagi-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×