Doktor ditahan cabul remaja perempuan berusia 15 tahun - Utusan Malaysia

Doktor ditahan cabul remaja perempuan berusia 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang doktor di sebuah hospital di sini ditahan selepas disyaki mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditangkap selepas pihaknya menerima laporan dibuat mangsa pada pukul 9.14 malam hari yang sama.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut mangsa, dia telah diganggu secara seksual oleh doktor terbabit ketika sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

“Sehubungan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah telah membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 2 petang kelmarin (Rabu) untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hafezul Helmi, mangsa kini dalam keadaan stabil manakala suspek pula ditahan reman selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini