KOLEKSI ‘almari kapsul’ fesyen sopan #ShopeeHaul GayaLitLit Shopee bertujuan memperkasakan wanita dalam mencipta penampilan bergaya dan sopan.
Ia turut membawakan idea tiga gaya sesuai untuk pelbagai saiz tubuh wanita menerusi Sis Ranggi, Everyday Cantik dan Anggun Bergaya.
Kepelbagaian stail penggayaan ini membolehkan wanita tampil yakin sambil menyokong penjual tempatan.
Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Ming Kit Tan berkata #ShopeeHaul GayaLitLit, tidak sekadar menawarkan produk pakaian, tetapi turut menyediakan nasihat toolkit untuk mix and match pakaian untuk membantu wanita mencipta gaya tersendiri.
“Koleksi inklusif ini menawarkan kepelbagaian, membolehkan wanita memadankan pakaian untuk mencapai gaya diingini. Kami berharap panduan gaya inklusif ini turut mendorong kreativiti dalam bergaya sambil menyokong perniagaan fesyen tempatan,” katanya. mendorong kreativiti dalam perniagaan fesyen tempatan,” katanya.

SIS RANGGI – EDGY DAN MODEN
Direka untuk yang inginkan elemen feminin dan gaya kontemporari.
Turban berpola daripada Turban berpola daripada Zoe Arissa diseimbangkan dengan skirt flowy dari KM Fashion Center. T-shirt oversize dan kasual dari ZEKE Store dilapisi jaket, mencipta sentuhan santai dan kontemporari. Rantai dari M2 Dream menambah gaya rock and roll. Peribadikan lagi dengan jaket atau pilihan but atau kasut sukan dengan memadankan stoking warna sama atau tudung bercorak.
EVERYDAY CANTIK – CHIC KONSERVATIF
Sesuai wanita sibuk yang mahu manis dan rapi serta selesa.
Kemeja butang oversized dipadankan dengan seluar dari KM Fashion Center. Penggunaan warna monokrom dan neutral menawarkan gaya klasik, sentuhan warna dari tona warna alam atau pastel lembut, boleh menambah sentuhan personaliti.
Bawal daripada ZUCCA melengkapi skema warna melengkapkan gaya ini menjadi lebih kohesif dan rapi. Beg mini daripada Stynis Traveller Luggage & Bags dengan stoking funky dan kasut sukan trendy serlahkan lagi gaya.

ANGGUN BERGAYA – KEKAL ELEGAN
Gaya ini sesuai untuk dipakai siang hingga malam.
Potongan turtleneck dari Panda Eyes membawakan elemen anggun dan sopan.
Padankan dengan selendang sifon dari Tudung Exclusive dan bandana berwarna atau aksesori berkolar gaya tambahan yang menyeronokkan.
Monokrom sesuai untuk menjadi kanvas buat aksesori ranggi. Tali pinggang saiz besar menonjolkan pinggang dan mencipta bentuk badan diingini. Pilihan kaca mata hitam sesuai, melengkapkan gaya.









