Saya akan saman - Ito Blues Gang kesal nama Saloma diguna tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Saya akan saman – Ito Blues Gang kesal nama Saloma diguna tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli kumpulan Blues Gang, Mohd. Arif Kendut, 73 atau Ito tidak akan teragak-agak untuk menyaman mana-mana pihak yang menggunakan nama Allahyarham Saloma untuk kepentingan peribadi.

Kata Ito yang juga besan kepada biduanita negara itu, tindakan tersebut adalah wajar kerana Saloma masih memiliki pewaris sehingga hari ini.

“Sebenarnya, Saloma memiliki anak hasil perkahwinan dengan seniman negara, A.R Tompel dan anaknya. Amali itu menantu saya.

“Bagi saya, mereka yang menggunakan nama Saloma perlu terlebih dahulu meminta izin daripada pewaris,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ito juga terkilan dengan tindakan artis Indonesia, Ahmad Dhani secara tanpa kebenaran menggunakan lagu Saloma pada konsertnya baru-baru ini.

“Apa yang saya tahu, sewajarnya dia bayar waris Saloma sebagai tanda terima kasih.

“Malangnya, bukan sahaja tidak bayar, malah sama sekali tidak berusaha mencari waris untuk mendapatkan kebenaran,” katanya selepas sidang media Blues Gang Apo Nak Dikato di Heritage Club Kuala Lumpur, semalam.

Ito dalam pada itu telah menghubungi dan memberi tempoh dua minggu kepada artis berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini.

“Sekiranya tidak, saya akan terus ambil tindakan undang-undang dan serahkan isu ini kepada mereka yang lebih arif,” jelasnya.

Pada masa yang sama Ito juga kesal dengan tindakan segelintir pihak yang menggunakan nama Saloma sebagai nama tempat, jalan dan program tanpa kebenaran.

Oleh itu, beliau berharap pihak terlibat tidak mengulangi tindakan sama.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×