JKDM Kelantan gagalkan aktiviti penyeludupan RM1.97 juta

JKDM Kelantan gagalkan aktiviti penyeludupan RM1.97 juta

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mengagalkan 54 aktiviti penyeludupan pelbagai barangan bernilai termasuk cukai sebanyak RM1,97 juta menerusi Operasi Palang Timur dan Operasi Makmur III 2024 bermula 2 hingga 31 Mei lalu.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, sepanjang tempoh itu rampasan daging khinzir sejuk beku sebanyak 17,766 kilogram menjadikan kejayaan paling besar direkodkan melibatkan nilai barang termasuk cukai berjumlah RM452,858.

Menurutnya, ia diikuti oleh rampasan 242,148 batang rokok menerusi 36 kes yang dianggarkan berjumlah RM213,948 termasuk cukai.

“Lain-lain barang yang dirampas adalah minyak diesel sebanyak 7,000.00 liter, minuman keras, ayam sejuk beku, beras dan kenderaan klon dengan jumlah nilai dan cukai sebanyak RM261,153.52.

“Operasi ini berjalan serentak dengan kerjasama JKDM Terengganu, JKDM Pahang dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA). Tumpuan kedua-dua operasi ini adalah sepanjang pesisir jalan laut dari Tumpat, Kelantan sehingga ke Pulau Perhentian serta Pantai Merang, Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, selain itu laluan darat turut diberikan tumpuan meliputi Tumpat (Kelantan) melalui jalan raya sehingga ke Kampung Gemuruh, Terengganu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×