Pemuda terkejut terserempak tapir - Utusan Malaysia

Pemuda terkejut terserempak tapir

SEEKOR tapir yang ditemukan berhampiran Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pemuda terkejut apabila terserempak dengan seekor tapir di tepi jalan ketika memandu kereta di Kampung Ibok-Mak Chili, di sini, kira-kira pukul 7.30 petang, semalam.

Halim Nuryassin Norizlanin, 31, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya, sebelum tiba-tiba terlihat kelibat haiwan tersebut yang disangkakan seekor kerbau berhampiran Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili.

“Pada awalnya, saya ingatkan kerbau sebab saiznya agak besar dan keadaan ketika itu gelap.

“Namun, selepas saya menyalakan lampu ‘high beam’, barulah saya nampak haiwan itu sebenarnya tapir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Halim Nuryassin berkata, tapir yang dilihat berada dalam keadaan sihat tanpa kecederaan itu kemudiannya melintas jalan dan masuk ke kawasan belukar berhampiran.

“Mungkin tapir ini keluar untuk mencari makan atau habitat terganggu sebab saya sering melalui jalan ini, namun ini kali pertama saya terserempak dengan haiwan ini.

“Pemandu kereta dan motorsikal perlu lebih berhati-hati melalui jalan ini sebab bimbang kalau-kalau tapir ini tiba-tiba melintas jalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×