Menang kereta, suri rumah sangka scammer

Menang kereta, suri rumah sangka scammer

KAMARUL AINI Harun bersama kereta dimenanginya di hadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Siapa sangka dengan hanya tinggal di sebuah inap desa di negeri ini boleh memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah kereta sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Itu saat paling menggembirakan buat seorang suri rumah, Kamarul Aini Harun, 40, dari Banting, Selangor apabila dihubungi oleh Perodua memaklumkan dia memenangi Perodua Aruz.

“Saya terima pesanan WhatsApp daripada pihak Perodua meminta nombor kad pengenalan dan nama penuh serta memaklumkan saya menang Perodua Aruz.

“Saya cakap ini betul-betul atau main-main atau scammer? Namun bila penjelasan diberikan barulah saya percaya menang sebuah kereta menerusi cabutan bertuah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menerima kunci kereta diserahkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di hadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini kelmarin.

Kamarul Aini ialah pemenang bagi cabutan Februari yang menawarkan 12 buah kereta untuk dimenangi sempena TMM 2024.

Katanya, sebelum ini dia menginap di sebuah inap desa di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah sempena hari keluarga yang adakan pada Februari.

Jelasnya, dia tidak bercadang untuk menjual kereta itu sebaliknya akan menggunakannya untuk menghantar anak ke sekolah.

“Saya mulanya tidak mahu isi borang cabutan bertuah yang diberikan pemilik inap desa itu kerana tidak terfikir untuk menang.

“Alhamdulillah rezeki saya dapat kereta dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang mengadakan cabutan bertuah paling bernilai pernah saya menangi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×