Tilawah al-Quran tampil kesenian tenunan Pahang

Tilawah al-Quran tampil kesenian tenunan Pahang

REKA bentuk astaka berbentuk tanjak menggambarkan pemimpin yang sentiasa merujuk al-Quran sebagai panduan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pentas dan astaka Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi tampil dengan konsep kesenian tenunan Pahang selain struktur rangka besi yang menggambarkan layar perahu.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganjur MTHQK memberitahu, bagi astaka qari dan qariah, ia dibina berkonsepkan reka bentuk tanjak.

“Reka bentuk astaka berimej tanjak memberi erti hubungan rapat antara kepimpinan negara dengan al-Quran yang tidak dapat dipisahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Al-Quran di atas astaka berbentuk tanjak berkenaan memberi gambaran pemimpin yang disanjungi rakyat adalah pe­mimpin yang sentiasa merujuk al-Quran sebagai panduan ke­pimpinan dan kehidupan mereka,” kata jurucakap penganjur program, kelmarin.

Tambah jurucakap penganjur, bagi meja hakim dan pentas, ia menampilkan gabungan reka bentuk moden serta motif tenunan diselaraskan bersama paten Islamik di lantai pentas.

Selain itu, terdapat enam panel sebagai simbolik kepada Rukun Iman dengan memfokuskan keimanan kepada Allah SWT dalam kehidupan manusia.

Sebanyak enam panel skrin diod pemancar cahaya (LED) menjadi pelengkap kepada ke­seluruhan konsep yang ditonjolkan melalui seni foto dan seni kamera mengikut konsep asal astaka.

Dalam pada itu, seramai 110 peserta dari seluruh negara menyertai MTHQK kali ini yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir Selasa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini