71 pekerja SWM Environment diiktiraf pekerja berkemahiran

71 pekerja SWM Environment diiktiraf pekerja berkemahiran

SEBAHAGIAN pekerja-pekerja SWM Environment yang menerima sijil SKM pada Majlis Konvokesyen SWCorp Kali Ke-3 di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 71 orang pekerja syarikat konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada Majlis Konvokesyen SWCorp Kali Ke-3 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor baru-baru ini.

Pengurus Besar Korporat, SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, penganugerahan SKM kepada pekerja syarikat itu dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang terdiri daripada eksekutif operasi, penyelia dan pekerja rendah am itu menjadi bukti komitmen dan dedikasi dan kepakaran mereka dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

“Kami amat berbangga dengan pencapaian kakitangan dan pekerja yang dihantar menyertai program tersebut serta berjaya menamatkan latihan mereka dengan cemerlang. Ia mencerminkan komitmen syarikat untuk memupuk pembangunan kemahiran dan pertumbuhan kerjaya profesional dalam kalangan tenaga kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kakitangan kami adalah tulang belakang syarikat dan kemahiran mereka menyumbang dengan ketara kepada kejayaan SWM Environment. Kami percaya dalam pembelajaran dan pembangunan yang berterusan, dan pensijilan ini merupakan peristiwa penting bagi tenaga kerja SWM Environment,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Norlisam, kesemua mereka menerima penganugerahan SKM selepas tamat menjalani Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Sementara itu, lebih membanggakan, Eksekutif Operasi Cawangan SWM Environment Nilai, Mohamad Faisal Zakaria, 41, juga dianugerahkan sebagai graduan terbaik pada majlis itu.

Bagi bapa kepada tiga orang cahaya mata dan telah berkhidmat sejak 10 tahun lalu itu berkata tidak menyangka akan mendapat pengiktirafan berkenaan selain menyifatkan setiap tugasan yang dilaksanakannya sebelum ini adalah amanah daripada syarikat dan perlu dilakukan dengan sebaiknya. 

“Saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk diiktiraf sebagai graduan terbaik cuma sejak berkhidmat di SWM Environment 10 tahun lalu, saya sentiasa melakukan amanah dan tugasan yang diberikan dengan baik,” katanya.

Bagi Penyelia SWM Environment, Firdaus Abu Kasim, 33, pula menjadi peserta termuda dalam program tersebut menyatakan gembira apabila berjaya menamatkan latihan berkenaan.–UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini