Promosi lemah punca pelancong tidak berkunjung ke Kelantan

Promosi lemah punca pelancong tidak berkunjung ke Kelantan

PASAR Terapung Pulau Suri, Tumpat antara salah satu produk pelancongan di Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Promosi lemah menjadi punca utama Kelantan gagal menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri ini walaupun mempunyai banyak produk.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, perkara itu menyebabkan maklumat berkait dengan lokasi dan aktiviti pelancongan tidak diketahui oleh mereka.

Menurutnya, susulan itu kerajaan negeri mengambil tindakan proaktif dengan keluar membuat promosi dan menjemput pelancong untuk datang ke Kelantan.

“Kita keluar dan membawa maklumat tempat-tempat menarik kepada supaya ia sampai terus kepada pelancong.

“Sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024), kita bawa tema iaitu ‘Family, Food dan Festival’. Tema makanan cukup dekat dengan Kelantan yang menawarkan pelbagai sajian menu menarik dan unik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Pantai Kemayang di sini malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai TMK 2024, Kamarudin memberitahu walaupun program itu sudah memasuki tempoh enam bulan namun kerajaan negeri akan terus berusaha menarik lebih ramai pelancong.

Katanya, beliau meletakkan perkara tersebut sebagai asas untuk mempromosi dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini pada masa depan.

“Sebagai contoh saya ke Sumatera, Indonesia untuk promosi, ramai yang tidak tahu Kelantan berada di mana.

“Jadi kita seolah-olah bermula dari kosong. Oleh itu, Kelantan jemput pemain pelancongan untuk datang ke Kelantan dan melihat produk yang ada sebelum mereka pulang dan mempromosikannya,” ujarnya.-UTUSAN

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×