Aaron Chia-Wooi Yik cemas sebelum mara

Aaron Chia-Wooi Yik cemas sebelum mara

Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal melayakkan diri ke separuh akhir pada Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China selepas tewas kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 16-21, 16-21, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diberi tentangan sengit sebelum beroleh kemenangan ke atas pasangan Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Wang Chan pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pasangan No. 4 dunia yang diletakkan sebagai pilihan pertama itu sentiasa dihambat gandingan ke-44 dunia tersebut sehingga ke hujung aksi sebelum menang 21-18, 22-20 dalam masa 38 minit.

Aaron berkata, walaupun dia dan Wooi Yik sentiasa dihambat pasangan Korea Selatan itu tetapi amat penting untuk mereka bangkit ketika saat-saat genting.

“Saya anggap ini sebagai satu latihan apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan, bagus juga kerana sekurang-kurangnya kita belajar bagaimana untuk mengendalikan situasi tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir.

Jelasnya, kekuatan mental dia dan Wooi Yik benar-benar diuji terutama ketika pertarungan pada set kedua.

Wooi Yik pula berpendapat, ketinggalan pada waktu genting dan kemudian bangkit merupakan satu perkara yang biasa mereka harungi dalam aksi-aksi sebelum ini.

“Memang keadaan ini berulang kali berlaku, jadi, ini satu pelajaran buat kami bagaimana hendak mengawal keadaan tersebut dengan baik,” ujarnya.

Menanti Aaron-Wooi Yik pada pusingan kedua, esok ialah beregu China yang menghuni ranking ke-25 dunia, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Gandingan dari negara tembok besar itu menumpaskan beregu Jerman, Bjarne Geiss-Jan Colin Voelker 21-14, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Tiada rekod pertemuan yang dicatat antara kedua-dua beregu dan esok, merupakan perlawanan pertama membabitkan Aaron-Wooi Yik menentang Bo Yang-Liu Yi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×